Mengalir Manis
  manis itu mengalir setelah pahit menggigit kalbu, takkan habis seluas  alam kerana segala-galanya tercipta untuk membenarkan insan mengenali  dirinya. kehidupan sering berulang kesedihan dan kegembiraan, bagai  pergerakan bumi, takkan kekal pernah sama meski pengalamannya serupa.  kita tetap di bawah walaupun sudah berada di atas. Itu lebih baik kerana  di sisi Ilahi bawah adalah taraf yang abadi. bagai debu yang menyatukan  tubuh yang berkecai jua akhirnya. kehidupan tidak tercipta untuk tewas  selagi faham mengapa ia tercipta semata-mata kerana Kesempurnaan Yang  Maha Esa.
Kumpulan Puisi:Kembali di Lahad Rahsia
HASYUDA ABADI
Pustaka Iqbal Nazim
Kota Kinabalu, Sabah.
8 Rabiulawal 1429H
Kumpulan Puisi:Kembali di Lahad Rahsia
HASYUDA ABADI
Pustaka Iqbal Nazim
Kota Kinabalu, Sabah.
8 Rabiulawal 1429H
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar